Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tok Belagak Dipercayai Terlibat Penipuan Pelaburan Emas

Published: 27 Sep 2016 3.34 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang pengerusi syarikat pelaburan emas yang dikenali sebagai 'Tok Belagak' ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan sindiket pelaburan berkenaan, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tok-belagak-dipercayai-terlibat-penipuan-pelaburan-emas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:49 MYT
Kuala Lumpur, 27 September 2016 - Seorang pengerusi syarikat pelaburan emas yang dikenali sebagai 'Tok Belagak' ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan sindiket pelaburan berkenaan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata setakat ini pihaknya menerima lima laporan yang mengaitkan lelaki berusia 51 tahun itu dengan kes berkenaan di daerah Kajang. 

"(Seorang) mangsa dikatakan telah membuat pelaburan sebanyak RM80,900 kepada suspek setelah mengetahui pelaburan emas itu melalui laman sosial Facebook pada Ogos tahun lepas. 

"Mangsa menyedari dirinya tertipu apabila pihak syarikat yang dipengerusi suspek gagal menyerahkan emas seperti nilai yang dilaburkan dalam tempoh yang dijanjikan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Katanya pengadu (mangsa) memaklumkan syarikat berkenaan ada mengeluarkan memo perjanjian untuk memulangkan semula wang pelaburan namun masih gagal berbuat demikian. 

Katanya suspek ditahan reman sehingga Khamis ini. - BERNAMA 
ArticlePublished 27 Sep 2016 3.34 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM