Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Suspek Kes Samun Dan Bakar Kenderaan Di Shah Alam

Published: 09 Aug 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan tiga suspek semalam, kerana disyaki terlibat dengan kes samun dan membakar sebuah kenderaan di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini, Jumaat lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-suspek-kes-samun-dan-bakar-kenderaan-di-shah-alam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:41 MYT

Shah Alam, 10 Ogos - Polis menahan tiga suspek semalam, kerana disyaki terlibat dengan kes samun dan membakar sebuah kenderaan di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata ketiga-tiga lelaki
terbabit berusia antara 25 dan 35 tahun, ditahan dalam Op Cantas Khas yang dijalankan di sekitar Shah Alam.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios serta dua bilah parang
yang dipercayai digunakan untuk aktiviti samun, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shafien berkata pihaknya percaya lebih lima individu terlibat dalam kes
tersebut dan operasi mengesan saki baki anggota kumpulan itu sedang giat
dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, seorang lelaki berusia 40 tahun
yang bekerja sebagai pemandu lori, disamun kira-kira RM200 di sebuah kawasan lapang, sebelum kereta Proton Persona miliknya dibakar oleh suspek.- BERNAMA

ArticlePublished 09 Aug 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM