Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Tahan Tiga Lelaki Rampas 600 Liter Petrol Di Semporna

Diterbitkan: 09 Aug 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan tiga lelaki dan merampas 29 tong berisi 600 liter petrol dipercayai cuba diseludup ke negara jiran awal pagi hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-tiga-lelaki-rampas-600-liter-petrol-di-semporna
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:28 MYT

Semporna, 10 Ogos - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan tiga lelaki dan merampas 29 tong berisi 600 liter petrol dipercayai cuba diseludup ke negara jiran awal pagi hari ini.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata ketiga-tiga lelaki berumur di antara 17 dan 53 tahun itu ditahan bersama bahan api berkenaan dalam sebuah bot pam di perairan Pulau Gaya, dekat sini kira-kira pukul 1.10 pagi.

"Anggota PPM yang menjalankan tugas khas menggunakan bot samaran telah menahan sebuah bot pam di kawasan perairan berkenaan. Apabila diperiksa terdapat 29 tong pelbagai saiz berisi 600 liter petrol," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bahan api berkenaan cuba diseludup ke Filipina.

Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut di Akta Kastam 1967, katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 09 Aug 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM