Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Suspek Dan Rampas Dadah Bernilai Rm221 000 Di Johor Baharu

Published: 18 May 2016 10.55 AM Updated: 15 Aug 2026 7.27 PM
Johor Baharu, 18 Mei 2016 - Polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam dan merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM221,000 di sebuah rumah di Taman Pelangi, di sini pada 16 Mei lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-suspek-dan-rampas-dadah-bernilai-rm221-000-di-johor-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:38 MYT
Johor Baharu, 18 Mei 2016 - Polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam dan merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM221,000 di sebuah rumah di Taman Pelangi, di sini pada 16 Mei lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor SAC Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata hasil pemeriksaan, kami menemukan 5.022 kilogram ketamin, 800 biji pil Eramin 5 serta
350.7 gram serbuk ekstasi dan suspek berusia 22 hingga 42 tahun itu juga disyaki
terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di bandaraya ini.

"Polis turut merampas, wang tunai RM21,933; dolar Singapura 1,220, seutas rantai emas dan tiga kenderaan serta sepucuk pistol automatik bersama 27 butir peluru yang disorokkan dalam tong gas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis, di sini hari ini.

Menurutnya, seorang daripada suspek mempunyai satu rekod lampau dan ujian air kencing seorang daripada mereka positif dadah manakala wanita warga asing itu, dipercayai teman wanita seorang daripada suspek, yang masuk ke negara ini atas tiket lawatan sosial.

Dalam tangkapan berasingan pada hari yang sama, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun di rumahnya di Kangkar Tebrau, yang turut memiliki ganja seberat 7.35 kilogram disyaki untuk diedarkan di kawasan Taman Daya.

"Suspek yang berada dalam pemerhatian pihak kami sejak awal tahun ini, didapati positif dadah jenis ganja serta memiliki satu rekod lampau berkaitan dadah," kata beliau.

Mohd Zakaria berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun dan merampas 4.35 kilogram ganja di rumah sewanya, di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, pada 15 Mei dan suspek dipercayai aktif mengedar dadah jenis ganja.
Beliau berkata ketiga-tiga kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah

Berbahaya 1952 dan bagi kes pertama juga disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 .

Mengulas mengenai penemuan pistol dan peluru dalam kenderaan pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim Mohd Safee Mohd Sali, beliau berkata polis kini sedang menyiapkan kertas siasatan dan akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri dalam masa terdekat.

"Siasatan kami menunjukkan pemain bola sepak (Safee Sali) tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan, cuma kenderaan dia sahaja ditinggalkan untuk diubah suai dan disalahgunakan suspek," kata beliau dan menambah suspek kini ditahan reman sehingga 20 Mei.

Pada 15 Mei lalu, seorang lelaki berusia 34 tahun yang memandu kenderaan jenis Ford Ranger milik Safee ditahan ketika sekatan jalan raya berhampiran susur keluar Kempas Lebuhraya Utara Selatan.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan sebuah beg berwarna kuning berisi sepucuk
pistol dan kotak mengandungi 30 butir peluru hidup dalam kenderaan itu. - BERNAMA
ArticlePublished 18 May 2016 10.55 AMUpdated 15 Aug 2026 7.27 PM