Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ahli Perniagaan Ditahan Dipercayai Buat Panggilan Bom Palsu

Diterbitkan: 18 May 2016 10.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.27 PM
Kuala Lumpur, 18 Mei 2016 - Polis menahan seorang ahli perniagaan yang dipercayai membuat panggilan mendakwa terdapat bahan letupan di dalam sebuah pesawat komersial menuju ke Singapura semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ahli-perniagaan-ditahan-dipercayai-buat-panggilan-bom-palsu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:59 MYT

Kuala Lumpur, 18 Mei 2016 - Polis menahan seorang ahli perniagaan yang dipercayai membuat panggilan mendakwa terdapat bahan letupan di dalam sebuah pesawat komersial menuju ke Singapura semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Bukit Permata, Batu Caves dekat sini, pada pukul 8 pagi ini.

"Motif sebenar suspek membuat panggilan itu masih belum diketahui dan suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Adnan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Semalam, sebuah pesawat komersial menuju ke Singapura terpaksa berpatah balik selepas menerima panggilan yang mendakwa terdapat bahan letupan di dalam pesawat berkenaan. 

Pesawat yang membawa 30 penumpang dan empat kru itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, pada pukul 7.39 malam.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 18 May 2016 10.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.27 PM