Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Pengawal Keselamatan Pecah Pejabat Kerajaan Di Putrajaya

Published: 20 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebanyak 23 kes pecah pejabat kerajaan di Putrajaya antara Ogos dan Oktober tahun ini, terungkai dengan tertangkapnya tiga pengawal keselamatan pada 10 Okt lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-pengawal-keselamatan-pecah-pejabat-kerajaan-di-putrajaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:30 MYT

Putrajaya, 20 Okt - Sebanyak 23 kes pecah pejabat kerajaan di Putrajaya antara Ogos dan Oktober tahun ini, terungkai dengan tertangkapnya tiga pengawal keselamatan pada 10 Okt lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt Mak Pak Chuai berkata ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia 30-an itu, ditahan ketika cuba menceroboh bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi di Presint 5.

Tiga suspek terbabit bersembunyi dalam bangunan itu apabila menyedari kehadiran polis yang datang untuk memeriksa premis berkenaan setelah menerima laporan pada 3.50 pagi, 10 Okt lepas, dan mereka diberkas kira-kira 11 pagi di kawasan berhampiran, katanya.

Pada sidang media di IPD Putrajaya hari ini, Mak berkata ketika disoal siasat, ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam 23 kes pecah pejabat kerajaan.

"Hasil siasatan mendapati suspek biasanya menjalankan kegiatan jenayah mereka selepas waktu kerja iaitu pada waktu malam," katanya.

Turut dirampas daripada suspek, antaranya 21 unit telefon bimbit, lima tablet, satu unit projektor, dua notebook, tiga jam tangan dan dua kenderaan.

Mak berkata polis percaya suspek pernah bekerja di bangunan-bangunan kerajaan yang mereka ceroboh sebelum ini.

"Modus operandi mereka kelihatan seperti mahir dengan segala selok belok dan jalan keluar," katanya, sambil menambah seorang daripada tiga suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

Mak berkata ketiga-tiga suspek itu kini direman sehingga esok.

Dalam pada itu, Mak berkata polis Putrajaya turut menyelesaikan beberapa kes jenayah yang dilaporkan dalam bulan Oktober, membabitkan dua kes curi motosikal, satu kes curi kereta dan samun bersenjata. - BERNAMA

ArticlePublished 20 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM