Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tinggal Anak Demi Misi Timor Leste

Diterbitkan: 20 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Meninggalkan anak kecil untuk tempoh setahun bukan sesuatu yang mudah bagi seorang ibu. Namun demi melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan, Asisten Superintenden (ASP) Norazlin Che Mohd. Noor sanggup berpisah dengan anak yang berumur tiga tahun bagi menyertai misi bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste pada 2011.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tinggal-anak-demi-misi-timor-leste
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:53 MYT

Meninggalkan anak kecil untuk tempoh setahun bukan sesuatu yang mudah bagi seorang ibu. Namun demi melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan, Asisten Superintenden (ASP) Norazlin Che Mohd. Noor sanggup berpisah dengan anak yang berumur tiga tahun bagi menyertai misi bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste pada 2011.

Norazlin, 39, antara 10 pegawai polis wanita yang terpilih daripada ribuan permohonan untuk menyertai misi di Timor Leste bagi sesi ketiga.

Menyertai misi selama setahun itu bukan sahaja mencabar kewibawaan beliau sebagai pegawai polis malah turut memberikan pengalaman berharga apabila terpaksa berhadapan dengan suasana sukar tanpa kemudahan asas selain sukar mendapatkan makanan halal.

"Pada masa itu, saya bukan sahaja berhadapan dengan keganasan penduduk negara berkenaan yang sering merusuh dan melastik batu tetapi kehidupan harian juga terganggu kerana perlu menggunakan generator bagi menghasilkan elektrik yang hanya ada setiap dua hari iaitu dari pukul 6 petang hingga 12 malam.

"Kehidupan di Timor Leste pada masa itu seolah-olah zaman sebelum kemerdekaan negara kita kira-kira 60 tahun dahulu. 

Saya juga sukar mendapatkan makanan halal, tambahan pula hanya terdapat satu masjid di negara itu kerana komuniti Islam sangat kecil" katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sumber: Utusan Malaysia
Tinggal Anak Demi Misi Timor Leste

ArtikelDiterbitkan 20 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM