Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Lelaki Suspek Kes Rompak Bunuh Warga Emas

Published: 19 Jun 2014 2.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Bharu, 4 Mac - Polis Kelantan menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh dan rompak seorang wanita warga emas di Kampung Kutan Tengah, Tumpat di sini Ahad lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-lelaki-suspek-kes-rompak-bunuh-warga-emas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:07 MYT

Kota Bharu, 4 Mac - Polis Kelantan menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh dan rompak seorang wanita warga emas di Kampung Kutan Tengah, Tumpat di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 25 dan 33 tahun itu ditahan di Wakaf Baharu, Tumpat kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

"Pihak kami akan melakukan siasatan ke atas suspek serta membuat perbandingan sampel DNA (di antara suspek dan DNA yang diperoleh dari tempat kejadian.

"Siasatan awal kami mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

"Kita akan reman kesemua mereka esok di Mahkamah Majistret, Tumpat bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, Wan Meriam Wan Mahmood, 85, yang tinggal sendirian, maut selepas perompak memecah masuk rumahnya di Kampung Kutan Tengah, Tumpat.

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM