4 Pucuk Pistol Bersama Peluru Dirampas
Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang, telah berjaya merampas 4 pucuk
pistol bersama 5 butir peluru dalam kejadian di Sri Jaya, Maran, Pahang
sabtu lalu.
Dalam kejadian tersebut, satu pemantauan
sepasukan polis dari JSJN diketuai Insp Arman Bin Ibrahim di sebuah
gerai makanan di pekan Sri Jaya telah berjaya menahan tiga (03) orang
suspek lelaki berbangsa cina dimana hasil pemeriksaan ke atas kenderaan
salah seorang suspek telah menjumpai sepucuk pistol berisi 4 butir
peluru dan sebutir peluru jenis sama di atas tempat duduk penumpang
hadapan kenderaan tersebut. Tururt dirampas sejumlah wang RM2,000.00.
Kejadian
itu turut membawa pihak polis ke rumah suspek dan hasil pemeriksaan
telah menjumpai tiga (3) lagi pucuk pistol tiruan di celah katil di tepi
dinding dalam bilik utama rumah tersebut.



Sumber : Hal Ehwal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang