Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tiga Lelaki Nigeria Cuba Seludup Syabu Bernilai

Diterbitkan: 16 Jun 2014 7.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tiga lelaki warga Nigeria yang cuba menyeludup 9.6 kg dadah jenis syabu bernilai RM2.4 juta ke negara ini diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Sepang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-lelaki-nigeria-cuba-seludup-syabu-bernilai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:42 MYT
SHAH ALAM, 7 Jun 2011 (Bernama) -- Tiga lelaki warga Nigeria yang cuba menyeludup 9.6 kg dadah jenis syabu bernilai RM2.4 juta ke negara ini diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Sepang awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata ketiga-tiga mereka yang berumur 25 hingga 37 tahun itu diberkas pada 3, 5 dan 6 Jun sebaik tiba dari Doha, Qatar, katanya pada sidang media di sini Selasa.

Beliau berkata suspek pertama ditahan pada 3 Jun setelah 3.7 kg syabu ditemui dalam 18 bungkusan makanan ringan yang disimpan dalam begnya, manakala tangkapan kedua dibuat pada 5 Jun apabila 19 bungkusan makanan ringan berisi dadah yang sama seberat 3.9 kg ditemui di dalam beg suspek.

Pada pukul 3.45 petang Isnin pula, suspek ketiga ditahan selepas polis menemui 14 daripada 27 kotak sabun yang dibawanya diisi dengan syabu seberat dua kilogram.

Tun Hisan berkata modus operandi sedemikian pernah digunakan oleh keldai dadah warga negara Iran pada tahun 2009 dan 2010.

Ketiga-tiga lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan dihukum mati mandatori.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 7.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM