Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Johor Tumpas Kumpulan Penjenayah

Diterbitkan: 16 Jun 2014 7.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis percaya dapat menumpaskan kumpulan samun, ragut dan mencuri kenderaan di bandar raya ini selepas menahan lima lelaki dan seorang wanita di sebuah hotel bajet di Danga Bay..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-johor-tumpas-kumpulan-penjenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:19 MYT
JOHOR BAHARU, 8 Jun 2011 (Bernama) -- Polis percaya dapat menumpaskan kumpulan samun, ragut dan mencuri kenderaan di bandar raya ini selepas menahan lima lelaki dan seorang wanita di sebuah hotel bajet di Danga Bay di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka ditahan pada pukul 12.50 pagi selepas polis bertindak dari maklumat ekoran kes kecurian sebuah kereta di kawasan Taman Daya.

"Dalam serbuan di hotel itu, polis merampas empat buah beg tangan, seutas jam tangan dan 12 telefon bimbit pelbagai jenama," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri hari ini.

Beliau berkata polis kemudian menemui sebilah parang, dua 'allen key' serta dua pemutar skru di dalam sebuah kereta jenis Honda Stream yang mereka curi.

Empat daripada suspek turut dikesan positif syabu, katanya.

Mohd Mokhtar berkata siasatan juga mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 manakala dua lagi mempunyai rekod di bawah Seksyen 395/397, Seksyen 379A dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Kesemua mereka yang berumur antara 21 hingga 34 tahun itu kini ditahan reman. Dengan tertangkapnya mereka, polis percaya berjaya menyelesaikan 25 kes pecah cermin kereta, 18 kes samun dan ragut serta 12 kes curi kenderaan di bandar raya ini," katanya.

Dalam kes berasingan, beliau berkata polis menahan seorang lelaki di Taman Johor Jaya di sini pada hujung bulan lepas kerana memiliki sepucuk pistol serta lima butir peluru hidup.

Beliau berkata lelaki berumur 35 tahun yang menaiki sebuah kereta Mitsubishi itu ditahan di Jalan Teratai 7 kira-kira pukul 11.35 malam selepas anggota kereta peronda melihat kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan.

"Semakan rekod mendapati lelaki itu mempunyai enam kesalahan lampau termasuk pecah rumah dan memiliki dadah.

"Dia akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) kerana memiliki senjata api dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki peluru," kata Mohd Mokhtar.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 7.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM