Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tiga Lelaki Disyaki Terbabit Jenayah

Diterbitkan: 17 Jun 2014 4.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan tiga lelaki selepas menjumpai senjata tajam, peralatan pecah rumah dan sepasang gari dalam sebuah kenderaan di Taman Perlis..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-lelaki-disyaki-terbabit-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:45 MYT
KANGAR, 5 Jun (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki selepas menjumpai senjata tajam, peralatan pecah rumah dan sepasang gari dalam sebuah kenderaan di Taman Perlis dekat sini Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, dengan tertangkapnya tiga lelaki berumur antara 23 dan 26 tahun itu, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya dua kes pecah rumah.

Menurutnya, berdasarkan maklumat orang ramai, sepasukan polis telah memeriksa sebuah kenderaan jenis Proton Waja pada 3 Jun lalu yang diletakkan dalam kawasan Taman Perlis kira-kira pukul 9.45 pagi.

Hasil pemeriksaan itu, polis menemui sebilah pedang samurai, sebilah parang, peralatan pecah rumah, sebatang rotan, sebatang besi, tiga unit komputer riba, dan sepasang gari.

Tiga lelaki dalam kenderaan itu ditahan, kata Tengku Mohd Zailan pada sidang media di sini Rabu.

Ujian air kencing menunjukkan mereka mengambil dadah, kata beliau.

Menurutnya, mereka akan disiasat mengikut empat seksyen termasuk Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mereka kini ditahan reman sehingga 10 Jun ini dan kenderaan yang mereka naiki turut dirampas.

-- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 4.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM