Artikel
52 Kaki Judi Dicekup Ketika Leka Berjudi Di Sungai Petani
Sekumpulan kaki judi yang leka bertaruh di sebuah premis di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, lari lintang-pukang apabila premis berkenaan diserbu sepasukan pegaw...
Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Kedah ASP Shaari Yaakob berkata dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang itu, seramai 52 kaki judi ditahan untuk siasatan.
"Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM10,108 berserta pelbagai jenis peralatan perjudian," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 kepada pemilik premis atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mereka yang terlibat bermain judi pula boleh didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000.
-- BERNAMA