Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tiga Lelaki Dan Seorang Wanita Dipercayai Penged

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai pengedar dadah di sebuah rumah yang dijadikan markas operasi mereka di Jalan Kuchai Lama di sini petang R..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-lelaki-dan-seorang-wanita-dipercayai-penged
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT
KUALA LUMPUR, 15 Okt  - Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai pengedar dadah di sebuah rumah yang dijadikan markas operasi mereka di Jalan Kuchai Lama di sini petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata serbuan dilakukan pada kira-kira pukul 2.45 petang hasil risikan dan maklumat orang awam, dan kesemua suspek yang ditahan berumur dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun.

Beliau berkata selepas pemeriksaan polis menemui dua paket lutsinar dalam suratkhabar yang mengandungi ganja seberat 7 gram, serta satu kotak hitam yang di dalamnya terdapat enam tiub plastik kecil dadah jenis ais seberat 5 gram.

Katanya polis turut menemui 20 paket kecil ketamine, 12 gram dan satu plastik besar lutsinar serbuk putih ketamine seberat 388 gram, serta satu bekas tin berisi enam paket lutsinar dadah jenis ais.

"Dalam pemeriksaan lanjut di sebuah bilik pula, polis menemui satu kotak kecil yang mengandungi tujuh plastik lutsinar iaitu 350 biji pil ecstascy," katanya kepada pemberita di sini hari Khamis.

Wan Abdul Bari berkata polis turut menemui satu kotak rokok yang di dalamnya terdapat lapan papan pil eramin yang kesemuanya berjumlah 90 biji serta satu kotak rokok lagi dengan 30 paket kecil dadah ketamine seberat 26 gram.

Beliau berkata turut ditemui dalam serbuan itu ialah wang tunai RM18,560 yang dipercayai hasil kegiatan penjualan dadah sekitar bandaraya serta dua komputer riba dan satu rantai emas.

"Nilai kesemua rampasan adalah RM25,000. Semua suspek didapati positif ujian dadah dan kini ditahan reman selama 14 hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya," katanya.

Dalam kes berasingan, Wan Abdul Bari berkata polis berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM15,000 dalam tujuh kes membabitkan enam tangkapan di sekitar Brickfields dari 5 hingga 14 Oktober lepas.

Beliau berkata empat suspek sudah dituduh di mahkamah, manakala dua dalam proses untuk didakwa.

Katanya semua suspek ditahan kerana menjalankan perniagaan barangan yang tidak dibenarkan di beberapa gerai tepi jalan sekitar Brickfields, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM