Article
Polis Tahan Tiga Lelaki Buru Seorang Disyaki Pengedar Dadah
Melaka, 24 Mei 2016 - Polis Melaka menahan tiga lelaki dan memburu seorang lagi lelaki kesemuanya dipercayai pengedar dadah yang menjalankan kegiatan mereka se...
Melaka, 24 Mei 2016 - Polis Melaka menahan tiga lelaki dan memburu seorang lagi lelaki kesemuanya dipercayai pengedar dadah yang menjalankan kegiatan mereka secara berasingan di negeri ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata tiga lelaki itu ditahan secara berasingan di sekitar daerah Melaka Tengah pada Sabtu lepas dan semalam.
Beliau berkata polis merampas kira-kira 269.73 gram dadah dipercayai heroin bernilai kira-kira RM5,000 dalam tangkapan suspek yang masing-masing berusia 50, 55 dan 44 tahun itu dan kesemuanya mempunyai rekod jenayah lampau berkenaan dadah.
"Ketiga-tiga lelaki berkenaan mengaku mendapat bekalan dadah tersebut dari luar Melaka dan ujian saringan urin mendapati mereka positif dadah jenis opiat, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya tangkapan pertama suspek berusia 50 tahun, yang dipercayai mengedar dadah sekitar Tanjung Minyak di sini sejak enam bulan lepas, memiliki kira-kira 230 gram dadah dipercayai heroin disimpan di dalam beg sandangnya ketika ditahan di Taman Tanjung Minyak di sini kira-kira 4 pagi pada Sabtu lepas.
Shaikh Abdul Adzis berkata tangkapan kedua melibatkan suspek 55 tahun, yang baru dua bulan keluar penjara dan mengedar di sekitar Alai di sini, bersama dadah dipercayai heroin kira-kira 23.8 gram di dalam poket seluarnya ketika ditahan di Kampung Alai kira-kira 12 tengah malam hari sama.
Beliau berkata tangkapan ketiga suspek 44 tahun, yang dipercayai mengedar dadah sekitar Melaka Raya di sini sejak dua bulan lepas, memiliki 15.93 gram dadah turut dipercayai heroin, di tepi tangga tingkat bawah di sebuah pangsapuri di Taman Bachang Jaya kira-kira 10.45 malam semalam.
Shaikh Abdul Adzis berkata pihaknya juga sedang memburu lelaki dikenali sebagai K. Eilayaraja, 37, dipercayai pengedar dadah yang berasal dari Perak bagi membantu siasatan berkaitan kegiatan pengedaran dadah di Melaka sejak 2013.
"Alamat terakhirnya ialah di Taman Cergas Batu Berendam dan kita harap orang ramai yang mengetahui atau mengenali suspek diminta menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Tengah bagi membantu siasatan," katanya.- BERNAMA