Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Empat Lelaki Rampas 12 Ekor Lembu Dipercayai Dicuri

Diterbitkan: 24 May 2016 8.48 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.28 PM
Kuantan, 24 Mei 2016 - Polis menahan empat lelaki dan merampas 12 ekor lembu yang disyaki dicuri mereka dalam dua serbuan sejak Sabtu lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-empat-lelaki-rampas-12-ekor-lembu-dipercayai-dicuri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:13 MYT
Kuantan, 24 Mei 2016 - Polis menahan empat lelaki dan merampas 12 ekor lembu yang disyaki dicuri mereka dalam dua serbuan sejak Sabtu lepas. 

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, turut dirampas sebuah Proton Wira, sebuah lori dan wang tunai RM2,550. 

Katanya, suspek dipercayai aktif mencuri lembu di sekitar daerah Kuala Lipis.  

"Terdahulu, polis menerima aduan daripada seorang mangsa lelaki berusia 60, yang memaklumkan dua ekor lembunya hilang dari kandang di Felda Chegar Perah, Kuala Lipis pada petang Jumaat lepas. 

"Bertindak atas maklumat itu polis berjaya menahan seorang lelaki, 47, di hadapan sebuah kedai makan dekat Jalan Kampung Kubang Rusa, Merapoh lebih kurang pukul 3.30 petang keesokan harinya (Sabtu)," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau berkata hasil soal siasat, suspek telah membawa polis ke sebuah kandang di Kampung Gua Kalong, Merapoh dan berjaya merampas 12 ekor lembu yang dipercayai dicuri. 

Suspek memaklumkan kesemua lembu itu dibawa oleh tiga lagi rakannya ke kandang itu.  

Abdul Razak berkata, susulan itu polis turut menahan tiga lelaki berusia lingkungan 22 hingga 55 tahun yang menaiki Proton Wira berkenaan di Kilometer 93 Jalan Lipis-Merapoh, Kuala lipis pada pukul 12.30 tengah malam semalam. 

"Kesemua suspek itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lipis untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA 
ArtikelDiterbitkan 24 May 2016 8.48 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.28 PM