Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Individu Disyaki Terlibat Aktiviti Pemerdagangan Orang

Published: 08 Mar 2016 3.40 PM Updated: 15 Aug 2026 7.32 PM
Kuala Lumpur, 8 Mac 2016 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan orang di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-individu-disyaki-terlibat-aktiviti-pemerdagangan-orang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:08 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mac 2016 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan orang di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman
rasmi Twitternya.

Beliau berkata dengan tertangkapnya ketiga-tiga individu itu, PDRM berjaya menyelamatkan 17 warga asing mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Katanya, tangkapan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang. Khalid turut mengucapkan syabas kepada pasukan JSJ negeri berkenaan.

"Syabas JSJ @PDRMsia Pulau Pinang tangkap tiga orang dan selamatkan 17 warga
asing di bawah ATIPSOM di Sungai Dua Butterworth . #GoPDRMGo," katanya. - BERNAMA
ArticlePublished 08 Mar 2016 3.40 PMUpdated 15 Aug 2026 7.32 PM