Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Suspek Pembuli Jalan Raya

Published: 12 Dec 2017 8.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 12 Dis 2017 – Polis menahan seorang suspek pembuli jalan raya di sebuah hotel di Kluang, tengah malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-suspek-pembuli-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:25 MYT

JOHOR BAHRU, 12 Dis (Bernama) – Polis menahan seorang suspek pembuli  jalan raya di sebuah hotel di Kluang, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata  turut ditahan bersama-sama lelaki berumur 34 tahun itu ialah seorang wanita warganegara Vietnam dan seorang lelaki tempatan.

Beliau berkata polis turut menjumpai dadah jenis heroin seberat 3.19 gram, syabu seberat 9.95 gram, sepucuk pistol tiruan dan satu alatan besi di dalam kenderaan suspek.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan dalam kejadian membuli pengguna jalan raya pada pagi 10 Disember di Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Taib berkata siasatan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan satu kes kesalahan dadah.

-- BERNAMA

ArticlePublished 12 Dec 2017 8.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM