Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Bantuan Bersama Pdrm Cegah Jenayah

Diterbitkan: 12 Dec 2017 2.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seberang Jaya, 12 Disember 2017 – Polis Bantuan menjadi sayap kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ia merupakan pelengkap kepada perkhidmatan penguatkuasaan undang-undang yang lain.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bantuan-bersama-pdrm-cegah-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:23 MYT

POLIS BANTUAN BERSAMA PDRM CEGAH JENAYAH

Seberang Jaya, 12 Disember 2017 – Polis Bantuan menjadi sayap kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ia merupakan pelengkap kepada perkhidmatan penguatkuasaan undang-undang yang lain.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan beliau sempena Majlis Penutup Persidangan Polis Bantuan Malaysia Ke-29 yang diadakan selama dua hari iaitu 11 dan 12 Disember di Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini.

“Sejak penubuhannya, Polis Bantuan terbukti telah berjaya memberikan perkhidmatan kepolisan yang terbaik kepada masyarakat, terutamanya di kawasan atau premis masing-masing.

Sehingga kini, terdapat 242 buah agensi yang telah diluluskan penubuhan Polis Bantuan, merangkumi 60,611 perjawatan, dengan jumlah keanggotaan seramai 30,365 orang di seluruh negara,” jelas beliau.

Beliau berkata, persidangan ini merupakan salah satu inisiatif khusus bertujuan menyalurkan maklumat dan arahan-arahan terkini, memperjuangkan aspek-aspek kebajikan para ahlinya, selain sebagai pemudah cara untuk membincangkan sebarang isu pengurusan dengan lebih dekat dan menyeluruh, melalui perwakilan PDRM yang hadir dari seluruh kontinjen.

”Saya yakin jalinan kolaborasi antara Polis Bantuan dan PDRM mampu memberikan impak besar dalam menyokong pencapaian misi Pasukan bagi penurunan jenayah indeks, mempertingkatkan persepsi awam tentang keselamatan, meraih semula keyakinan masyarakat terhadap agensi penguatkuasaan serta mengurangkan perasaan takut menjadi mangsa jenayah ‘fear of crime’,” tambah beliau lagi.

“Selain itu, pegawai dan penyelia Polis Bantuan perlu memainkan peranan penting dalam melakukan penyeliaan yang lebih berkesan selaras dengan penekanan fokus pertama saya kepada seluruh warga PDRM iaitu, ‘back to basic’,” katanya.

Ketua Polis Negara turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur persidangan, iaitu Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA) dengan kerjasama SASA Properties.

 Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan dan sumbangan kepada 46 orang ahli Polis Bantuan yang memberi komitmen tugas cemerlang.

Majlis ini turut dihadiri Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Dato’ Tajudin Md. Isa, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Chuah Ghee Lye, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Dato’ Asmawati Ahmad, Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia, Tuan Haji Baharuddin Othman, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, para pegawai dan anggota Polis Bantuan Malaysia serta rakan media.

Gambar sekitar majlis1

2345
ArtikelDiterbitkan 12 Dec 2017 2.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM