Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Suspek Kes Samun Dan Curi Di Semporna

Diterbitkan: 27 Apr 2016 2.58 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.28 PM
Semporna, 27 April- Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan curi di Lahad Datu, dekat sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-suspek-kes-samun-dan-curi-di-semporna
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:48 MYT

Semporna, 27 April- Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan curi di Lahad Datu, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata suspek berusia 40 tahun itu ditahan dalam Op Kesan di kawasan Ladang Dana Hasil, di sini kira-kira pukul 2.40 petang tadi.

Katanya sebelum suspek ditahan, pihaknya telah menerima maklumat daripada polis Lahad Datu mengenai sebuah kenderaan jenis Isuzu Dmax yang dipercayai terlibat kes curi dan samun di Lahad Datu sedang menghala ke Semporna.

"Bertempat di KM40, Jalan Semporna-Kunak polis telah terserempak dengan kenderaan suspek lalu mengekori kenderaan berkenaan sambil mengarahkan suspek berhenti dengan menggunakan pembesar suara namun suspek terus memecut dengan laju.

"Polis kemudiannya telah melepaskan tembakan ke arah kenderaan suspek bagi mengarahkannya berhenti namun gagal dan suspek terus memecut dan cuba melanggar kenderaan dinaiki anggota," katanya dalam kenyataan hari ini.

Peter berkata suspek berjaya melarikan diri, namun polis berjaya menahan suspek di kawasan terbabit dalam operasi yang dijalankan selepas insiden itu.

Turut dirampas antaranya sebuah kenderaan Isuzu Dmax, dompet, empat telefon bimbit, power bank, dua paket hablur disyaki dadah jenis syabu dan sekeping pas IMM 13, katanya.

Peter berkata ekoran daripada kejadian itu, suspek berkenaan turut berdepan tindakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana memandu dalam keadaan berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 27 Apr 2016 2.58 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.28 PM