Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Prn 11 Kes Koyak Poster Antara Laporan Diterima Polis

Diterbitkan: 27 Apr 2016 2.38 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.28 PM
Kuching, 27 April- Sebanyak 12 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya diterima polis dalam tempoh tiga hari berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prn-11-kes-koyak-poster-antara-laporan-diterima-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:35 MYT

Kuching, 27 April- Sebanyak 12 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya diterima polis dalam tempoh tiga hari berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri, ACP Mohd Haris Daud berkata antara laporan paling banyak diterima ialah berkaitan kes mengoyak poster parti lawan.

Setakat pagi ini, polis juga meluluskan 97 permohonan permit untuk mengadakan ceramah politik sepanjang tempoh berkempen sehingga tengah malam 6 Mei, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata ia melibatkan permit kepada 35 calon BN, 20 calon DAP, 35 calon Bebas dan tujuh daripada PAS.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 27 Apr 2016 2.38 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.28 PM