Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Suami Isteri Rampas Dadah Bernilai Rm10 000 Di

Published: 18 Jun 2014 3.19 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Alor Gajah, 6 Nov - Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas 173 gram dadah disyaki heroin bernilai RM10,000 di sebuah rumah teres di Taman Wira Indah, Lubok China di sini Isnin lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-suami-isteri-rampas-dadah-bernilai-rm10-000-di
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:04 MYT

Alor Gajah, 6 Nov - Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas 173 gram dadah disyaki heroin bernilai RM10,000 di sebuah rumah teres di Taman Wira Indah, Lubok China di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata pasangan berusia 31 tahun itu ditahan pada 12.15 tengah hari hasil maklumat orang awam.

"Ketika pemeriksaan ke atas rumah itu, polis menemui 100 paket plastik lutsinar disyaki heroin yang disorokkan di dalam bantal berbentuk ikan di dalam bilik tidur utama," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui satu paket dadah sama di dalam sebuah kotak kecil berwarna kuning di bilik itu.

Katanya suspek dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Lubok China selain Kota di Negeri Sembilan sejak Julai lepas.

Umar Ali Saifuddin berkata pasangan itu direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.19 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM