Pga Rampas Daun Ketum Bernilai Rm32 000 Di Sempadan Perlis T
Padang
Besar, 6 Nov - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 11 guni daun ketum
seberat 400 kilogram yang dianggar bernilai RM32,000 berhampiran stesen
Keretapi Tanah Melayu Berhad, di sini awal hari ini.
Ketua
Kompeni B, Batalion 10 PGA, ASP Azmi Abd Aziz berkata daun ketum
terbabit dipercayai ditinggalkan oleh penyeludup selepas menyedari
kehadiran pasukan keselamatan.
Guni
yang mengandungi daun ketum terbabit ditemui berlonggok-longgok di
pinggir tembok sempadan kira-kira pukul 5 pagi ketika anggota PGA sedang
melakukan rondaan, katanya dalam sidang media, di sini.
Beliau
berkata guni daun ketum terbabit dipercayai diangkut menggunakan
motosikal ke situ untuk diseludup ke negara jiran dengan cara
membalingnya melepasi tembok sempadan.
Di
Thailand harga daun ketum ini mahal iaitu sekitar RM80 sekilo
berbanding di pasaran tempatan hanya RM15 dan RM30 sekilo, sekali gus
mendorong kegiatan penyeludupan ini, katanya.
Sumber : BERNAMA