Polis Tahan Suami Isteri Rampas Dadah Bernilai Rm10 000 Di
Alor
Gajah, 6 Nov - Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas 173
gram dadah disyaki heroin bernilai RM10,000 di sebuah rumah teres di
Taman Wira Indah, Lubok China di sini Isnin lepas.
Ketua
Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata
pasangan berusia 31 tahun itu ditahan pada 12.15 tengah hari hasil
maklumat orang awam.
"Ketika
pemeriksaan ke atas rumah itu, polis menemui 100 paket plastik lutsinar
disyaki heroin yang disorokkan di dalam bantal berbentuk ikan di dalam
bilik tidur utama," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu
Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di sini, hari ini.
Beliau berkata polis turut menemui satu paket dadah sama di dalam sebuah kotak kecil berwarna kuning di bilik itu.
Katanya suspek dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Lubok China selain Kota di Negeri Sembilan sejak Julai lepas.
Umar
Ali Saifuddin berkata pasangan itu direman selama tujuh hari bermula
semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Sumber : BERNAMA