Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Suami Isteri Dipercayai Pengedar Dadah

Published: 19 Jun 2014 3.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Temerloh, 22 Mac - Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Temerloh, di sini tiga hari lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-suami-isteri-dipercayai-pengedar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:51 MYT

Temerloh, 22 Mac - Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Temerloh, di sini tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam serbuan pukul 3.15 petang itu, polis turut merampas dadah jenis syabu dan heroin yang dianggar bernilai RM10,000.

"Dadah jenis syabu dan heroin itu, masing-masing seberat 10.02 gram dan 166.05 gram, ditemui disembunyikan di dalam sebuah kotak besi di sebuah bilik di rumah tersebut.

"Turut dirampas alat penimbang digital, sebuah kotak mengandungi plastik kosong, botol kaca yang diubah suai, kepingan aluminium dan gunting yang disyaki digunakan dalam aktiviti pengedaran dadah," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pasangan yang berusia 20 dan 30 tahun itu dipercayai aktif melakukan kegiatan tersebut sejak tiga tahun lepas.

Bagi memudahkan kegiatan, pasangan tersebut dipercayai menghantar dua anak mereka yang berusia dua dan tiga tahun ke kampung untuk dijaga oleh anggota keluarga, katanya.

Kedua-duanya yang mempunyai rekod lampau berhubung kesalahan narkotik turut positif dadah, kata Abdul Aziz yang menambah kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM