Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Rampas Daging Lembu Seludup

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pelabuhan Klang, 22 Mac - Polis Marin Pelabuhan Klang berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar daging lembu oleh bot barter trade Indonesia semasa menjalankan rondaan di kawasan Pelabuhan Selatan p..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-daging-lembu-seludup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:09 MYT

Pelabuhan Klang, 22 Mac - Polis Marin Pelabuhan Klang berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar daging lembu oleh bot barter trade Indonesia semasa menjalankan rondaan di kawasan Pelabuhan Selatan petang semalam.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati sebanyak 50 kotak daging lembu yang dianggarkan seberat 900 kg dijumpai di dalam bot barter trade tersebut tanpa sebarang dokumen yang sah.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi P/Klang DSP Norzaud bin Muhammad Said berkata daging lembu yang dianggarkan bernilai RM12,500 itu cuba dibawa keluar ke Tanjung Balai, Indonesia.

"Bot bersama 5 orang suspek serta bungkusan daging yang dirampas dibawa ke jeti Polis Marin P/Klang untuk tindakan di bawah Seksyen 11 (2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)" katanya lagi.

Polis Marin Rampas Daging Lembu Seludup
Sumber : Pasukan Polis Marin Klang

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM