Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Seorang Lelaki Rampas Pistol Dan Dadah Bernilai Jutaan Ringgit

Published: 17 Aug 2016 7.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
George Town, 17 Ogos 2016 - Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai jutaan ringgit dalam pemeriksaan di sebuah pangsapuri di Jelutong di sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-seorang-lelaki-rampas-pistol-dan-dadah-bernilai-jutaan-ringgit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:59 MYT

George Town, 17 Ogos 2016 - Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai jutaan ringgit dalam pemeriksaan di sebuah pangsapuri di Jelutong di sini malam tadi.

Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang turut merampas sepucuk pistol bersama kira-kira 50 butir peluru hasil pemeriksaan di rumah yang dipercayai dijadikan stor menyimpan dadah itu pada kira-kira pukul 8 malam.

Menurut sumber, sebelum itu polis menemui sejumlah pil Eramin 5 hasil pemeriksaan ke atas lelaki berumur lingkungan 30-an itu hasil intipan polis ke atasnya dan susulan itu, polis membuat pemeriksaan di kediaman lelaki terbabit di pangsapuri itu.

"Kami menemui pelbagai jenis dadah antaranya beberapa ketulan mampat syabu dan bungkusan heroin serta hampir 800 biji pil Eramin 5 yang disembunyikan dalam sebuah bilik di rumah itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Polis turut merampas peralatan membungkus dadah antaranya alat penimbang dan pelbagai bungkusan plastik, menurut sumber itu.

Turut dirampas dua buah motosikal termasuk motosikal berkuasa tinggi milik lelaki itu dan sejumlah wang tunai, kata sumber itu.

Lelaki terbabit dipercayai mendapat bekalan dadah daripada sindiket sebelum membungkus semula dan mengedarkannya kepada pelanggan di sekitar negeri ini, katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Difahamkan sidang media berhubung kejayaan tangkapan dan rampasan dadah itu akan diadakan esok.- BERNAMA

ArticlePublished 17 Aug 2016 7.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM