Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Remaja Anggota Kumpulan 24 Yang Peras Ugut Penia

Published: 16 Jun 2014 3.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
remaja yang dipercayai anggota kumpulan 24 itu dipercayai turut mengedar risalah kepada para peniaga di sekitar Batu Maung dan Bayan Lepas untuk meminta wang perlindungan dan memberi amaran akan berti..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-remaja-anggota-kumpulan-24-yang-peras-ugut-penia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:06 MYT
BALIK PULAU, 13 Januari 2011 (Bernama)

Polis menahan seorang remaja lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap yang aktif dalam kegiatan peras ugut sekitar Batu Maung dan Bayan Lepas, di sini, awal pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin berkata remaja berusia 16 tahun itu ditahan di Batu Maung kira-kira pukul 2.30 pagi selepas seorang peniaga membuat laporan polis berhubung kegiatannya.

Beliau berkata peniaga berumur 19 tahun itu didatangi remaja terbabit yang meminta dia membayar RM500 sebagai wang perlindungan dan disebabkan bimbang mengenai keselamatannya, dia membuat laporan polis," katanya pada satu persidangan akhbar di sini Khamis.

Katanya remaja yang dipercayai anggota kumpulan 24 itu dipercayai turut mengedar risalah kepada para peniaga di sekitar Batu Maung dan Bayan Lepas untuk meminta wang perlindungan dan memberi amaran akan bertindak ganas sekiranya gagal mendapat habuan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan anggota kumpulan itu untuk membendung kegiatan mereka yang semakin aktif menjalankan kegiatan peras ugut di Pulau Pinang," katanya.

Lai berkata remaja yang berasal dari Batu Maung itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut, dan menurutnya Kumpulan 24 itu dipercayai ditubuhkan sejak tahun 80-an lagi.
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM