Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Buruh Ditahan Bersama Heroin

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata tangkapan pertama melibatkan seorang buruh lelaki berusia 43 tahun dalam satu serbuan di rumah suspek di Kampung Tupat, Pekan pada pu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-buruh-ditahan-bersama-heroin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:39 MYT
KUANTAN, 13 Januari 2011 (Bernama)

Polis Pahang menahan dua orang buruh bersama dadah jenis heroin di Kuantan dan Pekan pada Isnin dan Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata tangkapan pertama melibatkan seorang buruh lelaki berusia 43 tahun dalam satu serbuan di rumah suspek di Kampung Tupat, Pekan pada pukul 10.30 malam Isnin lepas.

Beliau berkata pemeriksaan di rumah suspek membawa kepada penemuan heroin seberat 40 gram yang disorok di dalam almari.

Sementara itu dalam kejadian kes kedua, katanya polis menahan seorang buruh warga asing berusia 35 tahun yang didapati membawa 18.4 gram heroin di dalam poket seluarnya di Jalan Penjara di sini pada 3.30 petang Selasa lepas.

Katanya susulan tangkapan itu, suspek membawa anggota polis ke rumahnya di Jalan Penjara, di mana polis menemui 15.7 gram heroin lagi yang disimpan dalam satu tin di dalam bilik.

Kedua-dua kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957.

Sementara itu Yap berkata polis Pahang akan meningkatkan tahap kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah dengan membanyakkan lagi perjumpaan dengan kumpulan itu.

Katanya berdasarkan statistik tahun lepas, pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah meningkat 83.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata tahun lepas 174 pelajar ditahan kerana terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu, berbanding 95 pada tahun 2009.

"Bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran di kalangan warga sekolah, kami akan mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Pelajaran Negeri untuk membincang mengenai kerjasama yang boleh dilakukan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Selain itu katanya, seorang anggota polis akan dilantik di setiap sekolah untuk membuat lawatan bagi menjalankan aktiviti kesedaran kepada pelajar-pelajar seperti mengadakan ceramah.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM