Polis Tahan Penagih Sering Pukul Ibu Kandung Sendiri
Polis Johor menahan seorang penagih dadah yang menyebabkan ibu kandungnya sendiri terpaksa menerima enam jahitan di kepala kerana terhantuk di batu selepas cuba melarikan diri dari dipukul suspek di rumah mereka di Parit Mustaffa, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad berkata, suspek yang juga positif dadah jenis methamphetamine dalam ujian air kencingnya dikatakan sering memukul ibu kandungnya yang berusia lewat 60-an itu jika tidak diberikan wang.
Polis kini mereman penagih terbabit untuk disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan 323 Kanun Keseksaan masing-masing kerana melakukan ugutan jenayah dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada ibunya.
Sumber: Utusan Malaysia