Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Buru Pelancong Biadap Di Semporna

Diterbitkan: 22 Oct 2015 4.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Sabah telah membuka Kertas Siasatan dan sedang memburu sekumpulan pelancong asing yang didakwa berbogel di sebuah pulau dalam daerah Semporna selepas tersebarnya aksi tidak senonoh mereka di media sosial.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-pelancong-biadap-di-semporna
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:10 MYT

Polis Sabah telah membuka Kertas Siasatan dan sedang memburu sekumpulan pelancong asing yang didakwa berbogel di sebuah pulau dalam daerah Semporna selepas tersebarnya aksi tidak senonoh mereka di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Supt. Peter Umbuas, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian yang disyaki berlaku pada tahun 2014 atau beberapa minggu lepas selepas menerima laporan daripada beberapa pihak.

Walaupun pelacong asing yang disyaki dari negara China itu telah pulang, namun pihak polis akan memastikan undang-undang negara ditegakkan dengan bantuan Jabatan Imigresen Malaysia dan INTERPOL.

Kes disiasat di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Sumber: Kosmo
Polis Buru Pelancong Biadap Di Semporna

ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2015 4.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM