Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Pemilik Kedai Jual Kelengkapan Seragam Polis Tanpa Permit

Published: 25 Jan 2016 2.57 AM Updated: 15 Aug 2026 7.32 PM
Shah Alam, 25 Jan- Polis menahan seorang pemilik kedai berusia 33 tahun kerana menjual kelengkapan pakaian seragam pasukan keselamatan itu tanpa permit.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pemilik-kedai-jual-kelengkapan-seragam-polis-tanpa-permit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:01 MYT

Shah Alam, 25 Jan- Polis menahan seorang pemilik kedai berusia 33 tahun kerana menjual kelengkapan pakaian seragam pasukan keselamatan itu tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata lelaki itu ditahan di premisnya di Taman Perindustrian Saujana Indah di sini pada Jumaat lepas oleh sepasukan polis dari Cawangan Pelesenan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

"Pemeriksaan mendapati pemilik premis menjual baju seragam polis serta pelbagai peralatan kelengkapan polis tanpa permit dan dokumen yang sah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shafien berkata polis turut merampas beberapa kelengkapan seragam polis seperti gari dan logo integriti besi yang dianggarkan bernilai RM1,500.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.- BERNAMA

ArticlePublished 25 Jan 2016 2.57 AMUpdated 15 Aug 2026 7.32 PM