Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kawalan Keselamatan Tahap Tertinggi Pada Kejohanan Piala Monsun Polis Johor

Diterbitkan: 25 Jan 2016 1.56 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.32 PM
Iskandar Puteri, 25 Jan- Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kawalan keselamatan sepanjang kejohanan Piala Monsun Malaysia berlangsung di Puteri Harbour Marina di sini mulai hari ini hingga 30 Jan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kawalan-keselamatan-tahap-tertinggi-pada-kejohanan-piala-monsun-polis-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:10 MYT

Iskandar Puteri, 25 Jan- Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kawalan keselamatan sepanjang kejohanan Piala Monsun Malaysia berlangsung di Puteri Harbour Marina di sini mulai hari ini hingga 30 Jan.

Dalam memberi jaminan itu, Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata polis telah membuat persediaan rapi dalam memastikan aspek keselamatan termasuk di air dan udara berada pada tahap tertinggi.

"Oleh itu, orang ramai boleh datang dengan hati yang senang untuk menyaksikan pertandingan antarabangsa ini," katanya kepada pemberita di Puteri Harbour Marina, hari ini.

Untuk kejohanan ini, katanya sebanyak 22 pegawai dan 207 anggota daripada pelbagai unit ditugaskan bagi memastikan tahap keselamatan sepanjang kejohanan pada tahap terbaik.

Antaranya ialah Pasukan Gerakan Udara, Unit Tindakan Khas, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Pasukan Polis Marin.

Ini merupakan kali kedua Piala Monsun Malaysia diadakan di Puteri Harbour Marina dan menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM1.5 juta.

Edisi ke-11 kejohanan itu adalah venue terakhir Jelajah Dunia Match Racing (WMRT), yang turut melibatkan lebih 15 kejohanan dunia membabitkan saingan di Perancis, Jerman, Switzerland dan Portugal.

Selain Malaysia, sebanyak 11 pasukan termasuk tiga pasukan baharu, akan bersaing pada kejohanan kali ini.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 Jan 2016 1.56 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.32 PM