Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Pembonceng Motosikal Rampas Pistol Dan 50 Butir

Published: 18 Jun 2014 5.53 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Kuala Lumpur, 21 Nov - Polis merampas sepucuk pistol dan 50 butir peluru daripada seorang lelaki tempatan yang ditahan ketika membonceng sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan di Jalan Maharajale..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pembonceng-motosikal-rampas-pistol-dan-50-butir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:35 MYT

Kuala Lumpur, 21 Nov - Polis merampas sepucuk pistol dan 50 butir peluru daripada seorang lelaki tempatan yang ditahan ketika membonceng sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan di Jalan Maharajalela di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berusia 53 tahun itu ditahan sepasukan polis peronda pada 9.45 malam dan hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol jenis Parabellum Calliber 9mm dalam beg sandangnya.

Beliau berkata polis turut menemui 700 biji pil disyaki ecstasy yang dibungkus dalam plastik kecil, 50 butir peluru dalam sebuah kotak kecil, senaskhah majalah dan sebuah kotak berisi duit syiling.

Ku berkata siasatan lanjut di rumah suspek pada 1.30 pagi di Taman Cheras Mas pula membawa kepada penemuan 300 biji pil disyaki ecstasy, selain dua pisau lipat, kad peminjam wang dan buku lejar.

"Berdasarkan barangan rampasan, kami tidak menolak kemungkinan lelaki ini anggota sindiket pengedaran dadah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata suspek, yang memiliki rekod jenayah lampau, ditahan reman tujuh hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Akta Senjata Api 1960.


Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 5.53 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM