Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Pemandu Treler Terlibat Kemalangan Maut

Diterbitkan: 28 Oct 2017 7.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
SEREMBAN, 28 Okt (Bernama) -- Polis menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di KM270.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, kira-kira 5 petang, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pemandu-treler-terlibat-kemalangan-maut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:40 MYT

POLIS TAHAN PEMANDU TRELER TERLIBAT KEMALANGAN MAUT

SEREMBAN, 28  Okt (Bernama) -- Polis menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di KM270.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, kira-kira 5 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata lelaki itu yang berusia 59 tahun dari Bandar Bukit Beruntung Rawang, Selangor ditahan untuk siasatan lanjut selepas hadir di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai kira-kira 4.30 petang tadi.

"Dia ditahan selepas mengaku sebagai pemandu lori yang terlibat dengan kemalangan maut itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing telah dijalankan ke atas lelaki itu dan didapati negatif. 

"Suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen: Sek 41(1) Akta  Pengangkutan Jalan 1987," katanya. 

Dalam kejadian itu, dua maut manakala tiga cedera melibatkan kereta jenis Proton Waja, Proton Preve dan Perodua Alza serta sebuah lori treler.

-- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 28 Oct 2017 7.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM