Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dah Kenapa Campak Merata Najis Dan Air Kencing Sendiri

Diterbitkan: 27 Oct 2017 8.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun selepas menerima laporan dia sering membuang bungkusan berisi najis dan air kencingnya ke kawasan parkir kereta milik sebuah keluarga di Telok Air Tawar, Butterworth.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dah-kenapa-campak-merata-najis-dan-air-kencing-sendiri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:12 MYT

Polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun selepas menerima laporan dia sering membuang bungkusan berisi najis dan air kencingnya ke kawasan parkir kereta milik sebuah keluarga di Telok Air Tawar, Butterworth.

Dalam kejadian 3.40 petang Rabu lalu, suspek diberkas selepas satu laporan polis dibuat oleh pemilik rumah yang sudah tidak tahan diperlakukan sedemikian oleh lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa mendakwa sudah tidak tahan apabila kawasan parkir di rumahnya sering dibaling dengan najis dan air kencing sehingga terkena pada kereta.

Menurutnya, jiran serta ibu mentua mangsa juga sering melihat suspek datang ke rumah dan membuang bungkusan berisi najis dan air kencing.

Noorzainy berkata, suspek yang mengaku melakukan perkara itu ketika soal siasat mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Katanya, suspek ditahan reman selama lima hari sehingga 29 Oktober dan akan dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat yang memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 27 Oct 2017 8.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM