Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Rampas Dadah Dipercayai H

Published: 16 Jun 2014 3.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
ALOR SETAR, 24 Jan (Bernama) -- Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah disyaki heroin bernilai kira-kira RM31,100 dalam satu operasi di Gurun dekat sini, Sabtu lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pasangan-suami-isteri-rampas-dadah-dipercayai-h
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:39 MYT

ALOR SETAR, 24 Jan (Bernama) -- Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah disyaki heroin bernilai kira-kira RM31,100 dalam satu operasi di Gurun dekat sini, Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata ia bermula dengan tangkapan seorang lelaki berumur 35 tahun yang sedang duduk di atas sebuah motosikal di sekitar Plaza Tol Gurun oleh satu pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen Kedah pada kira-kira pukul 3 petang.

Beliau berkata selepas diperiksa polis menemui sarung plastik biskut yang di dalamnya terdapat dua plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin seberat 910 gram yang dianggar bernilai RM30,000.

"Polis kemudiannya memeriksa rumah suspek di Kepala Bukit, Gurun dan menjumpai sembilan ketulan kecil mampat mengandungi dadah disyaki heroin dengan anggaran berat 24.2 gram bernilai kira-kira RM1,100. Isteri suspek berumur 26 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Katanya lelaki yang baru berkahwin minggu lepas lepas itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau, pernah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2002 dan tahun lepas, manakala isterinya merupakan salah seorang Orang Kena Pengawasan (OKP) kerana pernah ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama pada tahun 2007.

ArticlePublished 16 Jun 2014 3.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM