Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Pasangan Kekasih Mencuri Di Pasaraya

Published: 12 May 2015 1.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 11 Mei - Polis menahan sepasang kekasih selepas cubaan mereka malarikan pelbagai jenis barangan yang dicuri di sebuah pasar raya di Jalan Tun Ismail di sini malam tadi, gagal.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pasangan-kekasih-mencuri-di-pasaraya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:31 MYT

Kuantan, 11 Mei - Polis menahan sepasang kekasih selepas cubaan mereka malarikan pelbagai jenis barangan yang dicuri di sebuah pasar raya di Jalan Tun Ismail di sini malam tadi, gagal.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, suspek wanita yang berusia 29 tahun dikatakan telah masuk ke dalam premis itu dan berlagak seperti pelanggan sebelum memasukkan satu persatu barang ke dalam begnya lalu beredar tanpa membuat sebarang pembayaran.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, keadaan itu disedari oleh kakitangan pasar raya berkenaan dan memaklumkan kepada pengawal keselamatan yang kemudian mengejar wanita itu untuk menahannya.

"Wanita berkenaan bagaimanapun mengamuk seperti 'orang gila' kerana tidak berpuas hati dikejar pegawal keselamatan yang mahu memeriksa beg sandang yang dibawanya.

Sepasukan anggota polis yang tiba selepas itu mengambil masa hampir setengah jam untuk menenangkan mangsa sebelum berjaya merampas beg sandang berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan tersebut, polis menemui dua pek Milo, dua kotak minyak wangi jenama Dashing dan dua botol syampu jenama Pantene.

Beliau berkata, suspek akhirnya mengakui mencuri semua barangan berkenaan dan ketika kejadian dia cuba melarikan diri ke arah teman lelakinya yang sedang menunggu di luar premis berkenaan.

"Polis selepas itu menahan teman lelaki suspek, 30-an selain merampas motosikal dinaiki pasangan berkenaan sebelum dibawa ke Balai Polis Kuantan untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, kedua-dua suspek itu kini ditahan reman selama empat hari di Lokap Balai Polis Kuantan untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

BERNAMA
ArticlePublished 12 May 2015 1.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM