Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lima Lelaki Selamatkan Mangsa Culik

Published: 17 Jun 2014 5.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Kira-kira 15 minit kemudian, polis menyerbu sebuah unit kondominium berkenaan di Blok E25 dan menahan seorang lagi lelaki berumur 27 tahun sebelum berjaya menemui dan menyelamatkan mangsa,' katanya d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lima-lelaki-selamatkan-mangsa-culik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:59 MYT

Shah Alam, 14 Jun - Polis menahan lima lelaki dan menyelamatkan seorang mangsa culik yang dikurung selama 10 hari, dalam serbuan di Kondominium Simfoni Heights, Selayang awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kesemua suspek berumur antara 23 dan 28 tahun manakala mangsa, seorang lelaki berumur 25 tahun, diculik pada 3 Jun lepas.

Katanya suspek didakwa meminta wang tebusan bernilai RM500,000 daripada bapa mangsa.

Mohd Adnan berkata tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berumur 28 tahun di tempat letak kereta kondominium berkenaan kira-kira pukul 12 tengah malam Khamis dan setengah jam kemudian polis menahan tiga lagi lelaki berumur antara 23 dan 28 tahun di kawasan yang sama.

"Kira-kira 15 minit kemudian, polis menyerbu sebuah unit kondominium berkenaan di Blok E25 dan menahan seorang lagi lelaki berumur 27 tahun sebelum berjaya menemui dan menyelamatkan mangsa," katanya dalam sidang akhbar di Pusat
Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Semasa ditemui, mangsa berada dalam keadaan lemah setelah dikurung di dalam sebuah bilik di unit kondominium berkenaan.

Beliau berkata polis sebelum itu menerima laporan daripada bapa mangsa yang bekerja sendiri pada 3 Jun lepas, memaklumkan anaknya diculik di Plaza Tol Gombak.

"Polis merampas dua jenis kenderaan iaitu Perodua MyVi dan Pajero daripada suspek terbabit dan kita masih menyiasat kemungkinan mangsa mengenali suspek.

Mohd Adnan berkata tiga daripada suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau antaranya membabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan reman sehingga 19 Jun ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

- BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM