Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lima Lelaki Disyaki Pengedar Pil Khayal Di Kota Bharu

Published: 20 Jul 2017 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Bharu, 20 Julai 2017 - Polis menahan lima lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas 964 biji pil kuda bernilai RM9,640 dalam Ops Tapis di daerah ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lima-lelaki-disyaki-pengedar-pil-khayal-di-kota-bharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:27 MYT

Kota Bharu, 20 Julai 2017 - Polis menahan lima lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas 964 biji pil kuda bernilai RM9,640 dalam Ops Tapis di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik berkata kesemua suspek yang berumur di antara 21 dan 33 tahun itu ditahan Selasa lepas dalam serbuan di Pengkalan Chepa dan Kampung Tapang, Panji di sini.

Dalam serbuan pertama pada 6.45 petang, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di Pengkalan Chepa dan pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan menemui 364 biji pil kuda, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ismail berkata susulan maklumat daripada serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki berumur 24 tahun bersama 600 biji pil kuda ketika suspek menunggang motosikal di Jalan Kampung Tapang, Panji, pukul 9.30 malam.

Beliau berkata kejayaan itu adalah hasil risikan serta maklumat daripada orang ramai dan dadah itu dipercayai untuk pasaran di daerah ini.

-- BERNAMA

ArticlePublished 20 Jul 2017 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM