Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

MESYUARAT BULANAN TPM BERSAMA PDRM

Diterbitkan: 20 Jul 2017 7.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Mesyuarat Bulanan Timbalan Perdana Menteri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat KPN, aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-bulanan-tpm-bersama-pdrm-20170720
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:51 MYT


Kuala Lumpur, 20 Julai 2017– Mesyuarat Bulanan Timbalan Perdana Menteri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat KPN, aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Mesyuarat bilangan 4/2017 yang dikelolakan oleh Cawangan Khas PDRM itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri.

Ketibaan beliau di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman disambut mesra oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama timbalannya, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Dato’ Masir Kujat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, barisan kepimpinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan barisan pucuk kepimpinan tertinggi PDRM.


MESYUARAT BULANAN TPM BERSAMA PDRM
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bilik Mesyuarat KPN, aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

MESYUARAT BULANAN TPM BERSAMA PDRM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri.

MESYUARAT BULANAN TPM BERSAMA PDRM
Mesyuarat Bulanan TPM Bersama PDRM

MESYUARAT BULANAN TPM BERSAMA PDRM
Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar memberi cederahati kepada Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

MESYUARAT BULANAN TPM BERSAMA PDRM
Sesi bergambar kenangan TPM bersama PDRM

ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2017 7.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM