Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Ugut Bunuh Bakar Rumah Ibu Menerusi Sms

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.37 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.36 PM
Raub, 9 Jan - Seorang lelaki ditahan selepas mengugut untuk membunuh ibunya dan membakar rumah apabila ibunya enggan meminjamkan kereta kepadanya...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-ugut-bunuh-bakar-rumah-ibu-menerusi-sms
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:52 MYT

Raub, 9 Jan - Seorang lelaki ditahan selepas mengugut untuk membunuh ibunya dan membakar rumah apabila ibunya enggan meminjamkan kereta kepadanya.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Sungai Ruan, dekat sini dua hari lepas.

Beliau berkata, lelaki berkenaan pada mulanya ingin meminjam kereta ibunya untuk ke bandar namun tidak dibenarkan sebelum bertindak mengunci diri di dalam bilik dan mengugut untuk membunuh ibunya serta membakar rumah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Kerana ketakutan, ibunya yang berusia 50 tahun itu membuat laporan di balai polis Sungai Ruan dan polis berjaya menahan pemuda tersebut bagi membantu siasatan," katanya di sini hari ini.

Wan Mohd Samsuddin berkata hasil ujian air kencing terhadap lelaki itu didapati negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 387 Kanun Keseksaan. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.37 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.36 PM