Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cubaan Seludup Barangan Kosmetik Bernilai Rm30 000 Dipatahka

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.38 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.36 PM
Pelabuhan Klang, 9 Jan - Cubaan untuk menyeludup masuk barangan kosmetik berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dalam sebuah operasi yang dijalankan di Pelabuhan Klang pada ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-seludup-barangan-kosmetik-bernilai-rm30-000-dipatahka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:49 MYT

Pelabuhan Klang, 9 Jan - Cubaan untuk menyeludup masuk barangan kosmetik berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dalam sebuah operasi yang dijalankan di Pelabuhan Klang pada 12.30 tengahari tadi.

Dalam operasi tersebut,PPM telah menahan sebuah bot di Pelabuhan Barat yang sarat dengan muatan 188 kotak barangan kosmetik bernilai hampir RM30,000.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua barangan kosmetik yang cuba diseludup tidak mempunyai dokumen dari Jabatan Farmasi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, DSP Norzaid bin Muhammad Said berkata, "Bot tersebut telah ditahan oleh bot ronda PSC 39 yang sedang menjalankan Op Pensura dan hasil pemeriksaan mendapati kotak tersebut mengandungi 23,520 paket shampoo dan 3,312 botol krim pencuci muka serta minyak rambut."

Kesemua barangan tersebut dirampas di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Cubaan Seludup Barangan Kosmetik Bernilai Rm30 000 Dipatahka
Sumber : HEA Cawangan Marin Klang

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.38 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.36 PM