Polis Tahan Lelaki Ugut Bunuh Bakar Rumah Ibu Menerusi Sms
Raub,
9 Jan - Seorang lelaki ditahan selepas mengugut untuk membunuh ibunya
dan membakar rumah apabila ibunya enggan meminjamkan kereta kepadanya.
Ketua
Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata lelaki
berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Sungai
Ruan, dekat sini dua hari lepas.
Beliau
berkata, lelaki berkenaan pada mulanya ingin meminjam kereta ibunya
untuk ke bandar namun tidak dibenarkan sebelum bertindak mengunci diri
di dalam bilik dan mengugut untuk membunuh ibunya serta membakar rumah
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Kerana
ketakutan, ibunya yang berusia 50 tahun itu membuat laporan di balai
polis Sungai Ruan dan polis berjaya menahan pemuda tersebut bagi
membantu siasatan," katanya di sini hari ini.
Wan
Mohd Samsuddin berkata hasil ujian air kencing terhadap lelaki itu
didapati negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 387 Kanun
Keseksaan.
Sumber : BERNAMA