Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Terlibat 14 Kes Penipuan Di Beberapa Nege

Published: 17 Jun 2014 5.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Katanya modus operandi yang digunakan lelaki terbabit itu ialah mengatur urusan penjualan kereta dengan mangsa dan menghilangkan diri selepas mengambil wang deposit daripada mangsa...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-terlibat-14-kes-penipuan-di-beberapa-nege
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:00 MYT

Nibong Tebal, 20 Jun - Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam 14 kes penipuan membabitkan penjualan kereta berjaya diberkas di Bandar Tasek Mutiara, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan anggota polis peronda pada pukul 11.55 malam selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota kita menjalankan rondaan rutin di sekitar Bandar Tasek Mutiara dan terlihat seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dan menahannya.

"Hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai 14 rekod jenayah tipu membabitkan urusan jual beli kereta sekitar Semenanjung serta amat dikehendaki polis," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Katanya modus operandi yang digunakan lelaki terbabit itu ialah mengatur urusan penjualan kereta dengan mangsa dan menghilangkan diri selepas mengambil wang deposit daripada mangsa.

Shafien berkata kes membabitkan lelaki itu dilapor pada 2003, 2004, 2007, 2008 dan 2011 di beberapa negeri iaitu Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Selangor serta Pulau Pinang.

"Setakat ini kita belum tahu berapa jumlah wang yang sudah diambil suspek, dan siasatan lanjut mengenainya akan dijalankan," katanya.

Katanya lelaki itu direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420, 406 dan 408 Kanun Keseksaan dan dia akan diserahkan kepada polis Butterworth sebelum diserahkan kepada balai lain yang bersangkutan dengan kes berkenaan.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM