Polis Tahan Lelaki Terlibat 14 Kes Penipuan Di Beberapa Nege
Nibong
Tebal, 20 Jun - Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terbabit
dalam 14 kes penipuan membabitkan penjualan kereta berjaya diberkas di
Bandar Tasek Mutiara, di sini malam semalam.
Ketua
Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata lelaki
berusia 42 tahun itu ditahan anggota polis peronda pada pukul 11.55 malam selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota
kita menjalankan rondaan rutin di sekitar Bandar Tasek Mutiara dan
terlihat seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan
dan menahannya.
"Hasil
semakan mendapati lelaki itu mempunyai 14 rekod jenayah tipu
membabitkan urusan jual beli kereta sekitar Semenanjung serta amat
dikehendaki polis," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Katanya
modus operandi yang digunakan lelaki terbabit itu ialah mengatur urusan
penjualan kereta dengan mangsa dan menghilangkan diri selepas mengambil
wang deposit daripada mangsa.
Shafien
berkata kes membabitkan lelaki itu dilapor pada 2003, 2004, 2007, 2008
dan 2011 di beberapa negeri iaitu Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah,
Perak, Negeri Sembilan, Selangor serta Pulau Pinang.
"Setakat
ini kita belum tahu berapa jumlah wang yang sudah diambil suspek, dan
siasatan lanjut mengenainya akan dijalankan," katanya.
Katanya
lelaki itu direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420, 406 dan
408 Kanun Keseksaan dan dia akan diserahkan kepada polis Butterworth
sebelum diserahkan kepada balai lain yang bersangkutan dengan kes
berkenaan.
Sumber : BERNAMA