Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Myanmar Bunuh Rakan Di Medan Selera

Published: 17 Jun 2014 2.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Mohd Adnan berkata mangsa disahkan mati sebaik tiba di Hospital Serdang akibat kecederaan parah di dada, perut dan pergelangan tangan kiri. 'Polis mendapat maklumat daripada orang ramai yang menelefon..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-myanmar-bunuh-rakan-di-medan-selera
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:48 MYT

Polis Tahan Lelaki Myanmar Bunuh Rakan Di Medan Selera
 
>

Shah Alam, 14 Feb - Polis menahan seorang lelaki Myanmar yang disyaki menikam rakan serumahnya sehingga mati pergaduhan di Medan Selera Maju Jaya, Taman Perindustrian Puchong dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan ketika cuba melarikan diri di Lebuhra
ya Damansara Puchong menuju ke arah Bukit Puchong kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Beliau berkata mangsa yang dikenali sebagai Aung Thu, 32, bekerja sebagai buruh kilang di Taman Perindustrian Puchong dekat sini adalah rakan segenara dan tinggal serumah dengan suspek.


Mohd Adnan berkata mangsa disahkan mati sebaik tiba di Hospital Serdang akibat kecederaan parah di dada, perut dan pergelangan tangan kiri. "Polis mendapat maklumat daripada orang ramai yang menelefon dan memaklumkan kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi serta mendapati mangsa telah terbaring dan tidak sedarkan diri".


"Siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran di medan selera itu dikatakan bertengkar dengan mangsa," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian
itu. "Suspek direman bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM