Polis Tahan Dua Lelaki Cuba Samun Kedai Serbaneka Rampas Du
Kuala
Lumpur, 13 Feb - Polis menahan dua lelaki semasa dipercayai sedang
merancang menyamun kedai serbaneka serta merampas dua pucuk pistol
berserta 14 butir peluru dalam satu kejadian di Kuchai Lama di sini,
Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah (Perunding dan Siasatan) Ibu pejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek ditahan pada 1.30 tengah hari.
Sebelum
itu, anggota polis mendekati sebuah kenderaan dalam keadaan
mencurigakan yang berada berdekatan kawasan itu dan ketika disiasat
suspek yang berada di dalam kenderaan bertindak agresif dan cuba
merempuh kereta peronda polis.
Bagaimanapun,
cubaan suspek gagal dan semasa diperiksa polis menemui pistol jenis
Glock 90 semi auto 9 mm berisi lapan peluru dan Revolver .38 berisi enam
peluru daripada suspek, katanya kepada pemberita.
Katanya,
hasil siasatan mendapati kereta yang dinaiki suspek adalah kereta curi.
Beliau berkata kedua-dua suspek berumur lingkungan 30-an dan mempunyai
beberapa rekod jenayah lampau iaitu jenayah senjata api dan dadah.
"Polis
percaya dengan penangkapan dua suspek ini dapat menyelesaikan beberapa
kes samun di sekitar Lembah Klang," katanya.- BERNAMA