Article
Polis Tahan Lelaki Miliki Mercun
Polis kemudiannya membuat pemeriksaan di rumah suspek di Taman Sri Inderapura, dekat sini dan menemui pelbagai jenis mercun yang disimpan dalam sebuah bilik ru...
Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah 3 (Timur) ACP Mohd Saleh Mat Jani berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan pada pukul 2.15 pagi.
"Hasil pemeriksaan ke atas keretanya, polis menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api yang diletakkan di tempat menyimpan barang kereta itu.
"Hasil siasatan, polis kemudiannya membuat pemeriksaan di rumah suspek di Taman Sri Inderapura, dekat sini dan menemui pelbagai jenis mercun yang disimpan dalam sebuah bilik rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Beliau berkata mercun dan bunga api yang dirampas itu dipercayai untuk dipasarkan di bazar Ramadan sekitar Kuantan.