Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Miliki 4 000 Biji Pil Kuda Bernilai Rm100k

Published: 30 Jun 2016 12.50 PM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Seorang lelaki ditahan kerana didapati memiliki 4,000 pil kuda bernilai RM100,000 di Kampung Kubang Golok, di sini baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-miliki-4-000-biji-pil-kuda-bernilai-rm100k
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:26 MYT

Bachok, 30 Jun - Seorang lelaki ditahan kerana didapati memiliki 4,000 pil kuda bernilai RM100,000 di Kampung Kubang Golok, di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok ASP Abdul Jalil Abdul Kadir berkata suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 malam Selasa lepas ketika sedang menunggang sebuah motosikal di kawasan terbabit.

 "Suspek yang cuba melarikan diri telah berjaya ditahan, dan hasil pemeriksaan menemui pil kuda tersebut disorok di dalam motosikalnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Bachok  di sini, hari ini.

Abdul Jalil berkata lelaki itu direman selama seminggu sejak semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata ia merupakan kejayaan terbesar rampasan dadah bagi IPD Bachok pada tahun ini, berikutan hasil intipan yang dilakukan lebih tiga bulan.

Abdul Jalil berkata pihaknya percaya dadah berkenaan adalah untuk dipasarkan di sekitar daerah Bachok terutama kepada perantau yang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti rangkaian pengedarannya sebelum ini," katanya.-BERNAMA
ArticlePublished 30 Jun 2016 12.50 PMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM